Sabtu, 24 September 2011

Hari-hari Yang Dimakruhkan dan Diharamkan Puasa


PUASA-PUASA YANG DIMAKRUHKAN

Puasa-puasa yang dimakruhkan itu adalah :

PUASA HARI JUMAAT ATAU HARI SABTU ATAU HARI AHAD SEMATA-MATA

Adalah makruh berpuasa pada hari Jumaat satu satunya sahaja tanpa di sambung sebelum atau sesudahnya dengan puasa yang lain. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

"Jangan kamu berpuasa pada hari Jumaat sahaja."(Hadits riwayat Ahmad)

Tetapi jika digabungkan puasa hari jumaat itu dengan satu hari puasa yang lain sama ada di sebelumnya atau sesudahnya, maka tidaklah dihukumkan makruh. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, aku mendengar Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

"Jangan berpuasa salah seorang daripada kamu pada hari Jumaat melainkan (dia berpuasa) sehari sebelumnya atau selepasnya."(Hadits riwayat Bukhari)

Adapun dihukumkan makruh hanya berpuasa sehari semata-mata pada hari Sabtu kerana hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr daripada saudara perempuannya sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

"Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan apa yang telah difardhukan Allah ke atas kamu. Jika seorang daripada kamu tidak mendapati (pada hari itu apa-apa makanan) melainkan satu kulit anggur atau ranting pokok, maka hendaklah dia memamahnya. (supaya kamu tidak dinamakan berpuasa pada hari itu)" (Hadits riwayat Tirmidzi)

Maka oleh kerana itu juga dimakruhkan hanya berpuasa sehari semata-mata pada hari Ahad kerana hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Nasrani. Diriwayatkan oleh An-Nasa‘i bahawa hari-hari yang paling banyak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan puasa ialah hari Sabtu dan Ahad (dengan bergabung), dan baginda bersabda:

"Sesungguhnya Sabtu dan Ahad adalah dua hari raya bagi orang-orang musyrik dan aku suka supaya aku menyalahi mereka." (Lihat Mughni Al-Muhtaj 1/603 dan Tuhfah Al-Muhtaj 3/458)

Jika dilakukan puasa dua hari tersebut (Sabtu dan Ahad) bersama-sama atau didahului puasa hari Sabtu itu dengan berpuasa pada hari Jumaat atau disambung puasa hari Ahad itu dengan berpuasa pada hari Isnin, maka tidaklah dihukumkan makruh kerana sedemikian itu tidak diagungkan oleh mana-mana kaum.

Dihukumkan makruh berpuasa sehari semata-mata pada tiga hari tersebut (Jumaat, Sabtu dan Ahad) apabila tidak ada sebab lain yang dianjurkan untuk berpuasa. Apabila ada sebab lain yang menganjurkan untuk berpuasa seperti bertepatan hari tersebut dengan puasa hari Arafah, ‘Asyura’ atau hari tersebut bertepatan dengan puasa orang yang melakukan puasa Nabi Daud (berpuasa sehari dan berbuka sehari) atau ia melakukan puasa pada hari tersebut kerana puasa qadha atau nazar, tidaklah dihukumkan makruh. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata:

"Jangan kamu mengkhususkan pada malam Jumaat untuk mendirikan sembahyang (malam) daripada malam-malam yang lain, dan jangan kamu mengkhususkan pada hari Jumaat untuk berpuasa daripada hari-hari yang lain kecuali satu puasa yang (kebetulan bertepatan) seorang di antara kamu berpuasa (pada hari itu)." (Lihat Mughni Al-Muhtaj 1/603, Fath Al-‘Allam 4/165 dan Syarh Shahih Muslim 4274)(Hadits riwayat Muslim)

PUASA SEPANJANG TAHUN SELAIN DUA HARI RAYA DAN HARI-HARI TASYRIQ

Adalah makruh hukumnya berpuasa sepanjang tahun selain dua hari raya dan hari-hari Tasyriq bagi sesiapa yang takut akan kemudaratan atau terabai hak sama ada yang wajib atau yang sunat. Diriwayatkan daripada ‘Atha bahawa Al-‘Abbas, seorang ahli syair mengkhabarkan kepadanya bahawa dia mendengar Abdullah bin ‘Amr Radhiallahu ‘anhuma berkata:

"Telah sampai kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawasanya aku terus menerus berpuasa dan mengerjakan sembahyang malam. Sama ada baginda mengutus seseorang kepadaku (untuk berjumpa baginda) atau aku sendiri yang menemui baginda. Maka baginda bersabda: "Benarkah adanya dikhabarkan bahawa engkau berpuasa dan tidak berbuka dan engkau mengerjakan sembahyanag malam dan tidak tidur? Puasalah sehari dan berbukalah sehari, dan dirikanlah sembahyang malam dan tidurlah, sesungguhnya bagi dua matamu ke atasmu mempunyai bahagian hak dan sesungguhnya bagi dirimu dan keluargamu ke atasmu mempunyai bahagian hak" Dia berkata: "Sesungguhnya aku mempunyai kekuatan untuk mengerjakan sedemikian" Baginda bersabda: Berpuasalah seperti puasa Nabi Daud ‘Alaihissalam" Dia berkata: "Bagaimana (puasa Nabi Daud ‘alaihissalam)?" Baginda bersabda: "Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari dan dia tidak lari apabila bertemu musuh (tetap segar dalam menghadapi musuh di medan pertempuran) Dia berkata: "Aku harus bagaimana (dalam hal ini) wahai Nabi Allah?" ‘Atha berkata: "Aku tidak mengetahui bagaimana disebut perihal puasa sepanjang masa". Nabi bersabda sebanyak dua kali: "Tidak dianggap berpuasa sesiapa yang berpuasa sepanjang masa."(Hadits riwayat Bukhari)

Tetapi bagi sesiapa yang tidak takut akan kemudaratan dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada pengabaian hak-hak, tidaklah dihukumkan makruh berpuasa bahkan disunatkan. (Lihat Mugni Al-Muhtaj 1/603 dan Fath Al-Allam 4/165)



PUASA YANG DIHARAMKAN

Puasa yang diharamkan itu ialah:

Puasa pada hari raya Aidilfitri, Aidiladha dan hari-hari Tasyriq

Adalah diharamkan berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata:

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah berpuasa dua hari iaitu hari raya Adha dan hari raya fitri."(Hadits riwayat Muslim)

Manakala daripada Nubaisyah Al-Hadzali berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

"Hari-hari Tasyriq adalah hari-hari makan dan minum (bukan hari berpuasa)."(Hadits riwayat Muslim)

Puasa pada hari Syak dan hari-hari separuh yang kedua bulan Sya‘ban

Adalah haram berpuasa sunat pada hari Syak iaitu pada 30 haribulan Sya‘ban yang tersebar berita di kalangan orang bahawa anak bulan Ramadan telah dilihat, akan tetapi tidak disabitkan oleh hakim (pemerintah) kerana tidak dipersaksikan penglihatan anak bulan itu oleh seorang yang adil atau ianya dipersaksikan oleh dua orang kanak-kanak atau beberapa orang perempuan atau seorang hamba atau seorang fasik. Jika tidak ada tersebar berita tersebut maka tidaklah dikatakan pada hari itu adalah hari Syak bahkan ia adalah termasuk hari-hari daripada bulan Sya‘ban. Begitu juga adalah diharamkan berpuasa sunat pada hari-hari separuh yang kedua bulan Sya‘ban (16 hingga 30 Sya‘ban) tanpa ada sebab. Diriwayatkan daripada ‘Ammar bin Yasir berkata: (Lihat I‘anah Ath-Thalibin 2/309 dan Al-Qamus Al-Fiqhi 201)

"Barangsiapa yang berpuasa pada hari yang syak padanya manusia (hari Syak) maka sesungguhnya dia telah menderhakai Abu Al-Qasim Shallallahu ‘alaihi wasallam."(Hadits riwayat Tirmidzi)

Manakala diriwayatkan pula daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

"Apabila telah masuk separuh bulan Sya‘ban maka janganlah kamu berpuasa."(Hadits riwayat Abu Daud)

Jika seseorang itu berpuasa pada hari Syak atau pada separuh kedua bulan Sya‘ban dengan ada sebab seperti puasa qadha, nazar dan kaffarah atau kebetulan bertepatan hari syak itu dengan puasa yang pada adatnya dia berpuasa seperti puasa hari Isnin dan Khamis dan puasa sehari dan berbuka sehari atau dia telah berpuasa pada 15 Sya‘ban dan berterusan puasanya itu tanpa berbuka hingga ke hari Syak, maka baginya dibolehkan berpuasa pada hari Syak dan separuh kedua bulan Sya‘ban itu. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: (Lihat I‘anah Ath-Thalibin 2/309 dan Fath Al-‘Allam 4/151-152)

"Jangan kamu dahului bulan Ramadan itu dengan berpuasa sehari dan juga dua hari melainkan puasa seseorang yang (kebetulan bertepatan) dia berpuasa (pada adatnya hari itu).(Hadits riwayat Muslim)

Puasa seorang isteri tanpa keizinan suaminya yang berada di dalam negeri

Adalah haram bagi seorang isteri berpuasa sunat atau puasa qadha muwassa‘ (yang mempunyai masa yang panjang lagi untuk diqadha) tanpa keizinan suaminya yang berada di dalam negeri. Ini adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: (Lihat Tuhfah Al-Muhtaj 3/461)

"Janganlah seorang perempuan (isteri) berpuasa sedangkan suami ada (di dalam negeri) melainkan dengan keizinan suami; dan janganlah dia mengizinkan (orang lain) masuk rumah suami sedangkan suami ada, melainkan dengan keizinan suami; dan apa pun yang dia nafkahkan dari hasil kerja suami tanpa perintah suami, maka separuh pahala itu adalah bagi suami."(Hadits riwayat Muslim)

Demikianlah disebutkan puasa-puasa yang sunat, makruh dan haram. Di antaranya ada yang dihubungkan hukumnya sama ada sunat, makruh dan haram dengan bersempenakan hari-hari tertentu dan ada pula dihubungkan hukumnya sama ada sunat, makruh dan haram dengan keadaan diri orang yang berpuasa. Semoga ia akan menjadi panduan dan rujukan ringkas dalam mengerjakan ibadah puasa-puasa sunat sepanjang tahun.
Read More.....

Kamis, 22 September 2011

Motivasi

A. Pengertian Motivasi
Motivasi adalah kekuatan atau daya dorong yang menggerakkan sekaligus mengarahkan kehendak dan perilaku seseorang dan segala kekuatannya untuk mencapai tujuan yang diinginkannya yang muncul dari keinginan memenuhi kebutuhan.

B. Motivasi dan Harapan
1. Hierarkhi kebutuhan Maslow
Menurut Abraham Maslow kebutuhan orang bergantung pada apa yang telah mereka miliki, suatu kebutuhan yang telah terpenuhi bukan faktor motivasi lagi. Kebutuhan manusia tersusun dalam suatu hierarki kepentingan dari yang teredah ke yang tertinggi.




2. Harapan sebagai dasar utama motivasi
Motivasi bukan saja karena adanya kebutuhan, melaikan lebih karena adanya harapan akan dapat dipenuhinya kebutuhan itu. Harapan merupakan dasar penentu timbulnya motivasi.

C. Bentuk-bentuk Motivasi
1. Motivasi dan Manipulasi
Manipulasi adalah suatau cara untuk menggerakkkan seseorang untuk melakukan sesuatu, namun hal itu dia lakuakan karena orang lain menginginkan dia untuk melakukannya. Sedangkan motivasi adalah menggerakan seseorang untuk melakukan sesuatu sebab dia sendiri ingin melakukan hal itu. Dengan kata lain manipulasi bersumber dari luar diri sedangkan manipulasi berasal dari dalam diri sendiri.
2. Motivasi berdasarkan sikap
Motivasi berdasarkan sikap merupakan motivasi yang lahir dari diri sendiri, manyangkut bagaimana seseorang berpikir dan merasa. Motivasi berdasarkan sikap adalah bagaimana seseorang merasakan masa depan dan bagaimana mereka bereaksi terhadap masa lampau.
3. Motivasi Berdasarkan imbalan
Motivasi disebut berdasarkan imbalan apabila seseorang melakukan suatu aktivitas karena adanya suatu imbalan yang akan diterima. Imbalan yang dimaksud bukan hanya dalam bentuk uang, melainkan dalam bentuk lain, seperti pengakuan, penghargaan, pembebasan, penguasaan, dan sebagainya.
4. Motivasi dan lingkungan
Ada banyak tempat dimana seseorang sangat termotivasi untuk melakukan suatu aktivitas terdorong oleh sikap dasarnya yang memeng mau melakukannya, namun lama-kelamaan menjadi tidak efektif karena berbagai kendala lingkungan menghadangnya.
5. Gambaran orang yang termotivasi
Orang yang termotivasi dapat kelihatan dari penampilannya : dari cara berpakaian, cara berjalan, bahasa tubuh ( wajah, mata, eksprsi, dsb ). Bahasa tubuh kadang lebih otentik menyampaikan informasi yang benar tentang keadaan seseorang. Salah satu cara yang memperlihatkan termotivasi-tidaknya seseorang adalah dengan komunikasi, melalui lisan, isyarat atau bentuk lain. Orang yang termotivasi tampak memiliki energi yang amat berlimpah sehinga banyak hal yang dapat dia lakukan dan diselesaikan, walaupun dia punya banyak kesibukan.



D. Cara Memotivasi Diri
1. Memotivasi diri melalui rasa percaya diri
Beberapa hal yang berkaitan dengan pembangunan motivasi diri dengan membangun kepercayaan akan kemampuan diri sendiri.
a. Hindari mencari cari alasan
Hindari kata-kata seperti Saya Tidak Bisa, gantilah segera dengan kata-kata seperti Saya Bisa, Saya Mampu. Seseorang yang percaya diri adalah seseorang yang percaya pada kemampuannya untuk melakukan sesuatu tugas tertentu dan mencoba untuk mengubah kemampuan yang dirasakan menjadi hasil yang nyata.
b. Gunakan daya imajinasi
Gambarkan wujud apa yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif.
c. Jangan takut gagal
Takut gagal akan mengurangi kepercayaan diri, dan dengan sendirinya juga akan mengurangi motivasi diri sendiri. Satu-satunya cara untuk menaklukkan ketakutan adalah dengan melakukan hal yang ditakutkan itu.
d. Perhatikan penampilan
Penampilan lahiriah dapat memberi pengaruh besar bagi kepercayaan diri sendiri. Orang yang yakin akan penampilannya aklan lebih gampang mendapatkan kepercayaan dirinya sehingga lebih termotivasi untuk melakukan aktivitas-aktivitas yang diinginkannya.

2. Memotivasi diri dengan menentukan sasaran
Tidak banyak orang yang selalu berhasil menentukan sasaran atau target apa yang ingin mereka capai sehingga mereka juga tidak memiliki arah yang jelas di mana tenaga hendak diarahkan.
3. Memotivasi diri dengan menyusun catatan sukses yang pernah diraih
Setiap orang sekurang-kurangnya dalam satu hal kecil pernah meraih sukses dalam hidupnya. Sukses masa lalu dapat menjadi bahan bakan yang dapat mengobarkan kepercayaan pada diri sendiri.

E. Beberapa Hambatan Tumbuhnya Motivasi
1. Kurang percaya diri
Penyebabnya :
• Rasa percaya diri hilang karena pengaruh perkataan orang lain, yang cenderung memberikan penilaian negatif terhadap apa yang kita lakukan
• Rasa kurang percaya diri yang disebabkan oleh pengondisian yang kita alami semasa kanak-kanak
• Rasa rendah diri karena pengalaman masa lalu, dimana orang pernah bahkan sudah beberapa kali mengalami kegagalan

2. Kecemasan berlebihan
Kecemasan adalah perasaan yang menghinggapi orang manakala ia terbayang akan apa yang bakal menimpa dirinya bila gagal.

3. Opini negatif
Opini negatif dapat sampai kepada kita dari berbagai sumber. Opini negatif tentang sesuatu dapat membuat seseorang menjadi tidak antusias dan termotivasi tentang sesuatu itu.
4. Merasa bukan bagian dari kelompok atau sasaran yang lebih besar.

F. Disiplin Mendukung motivasi
Motivasi perlu didukung oleh disiplin yang yang tinggi. Disiplin diri mencakup : sikap konsisten berjuang mencapai target yang sudah ditetapkan, mendahulukan yang utama dan mendesak tanpa mengabaikan kebutuhan-kebutuhan lain yang juga penting, dan tidak menghalalkan segala cara untuk memenuhi keinginan. Dalam memenuhi kebutuhan dan harapan-harapan kita, kita tetap dituntut menghormati aturan-aturan atau norma-norma yang berlaku.
Read More.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Ad